Ahad, 24 April 2011

Modul dan soalan interaktif

Menyedari hakikat bahawa mata pelajaran perdagangan agak sukar bagi kebanyakan pelajar mencapai keputusan yang cemerlang dalam SPM, saya sebagai guru Perdagangan yang mempunyai pengalaman mengajar mata pelajaran ini melebihi 5 tahun telah melahirkan beberapa inovasi untuk perkongsian ilmu kepada guru/pelajar yang berminat. Saya telah melahirkan beberapa idea/inovasi untuk membantu pelajar mencapai keputusan cemerlang dalam SPM. Read More..

Perdagangan Subjek Elektif SPM

Perdagangan merupakan salah satu daripada mata pelajaran elektif untuk Tingkatan 4 dan 5 dalam KBSM. Mata pelajaran Perdagangan bertujuan memberi pendidikan perdagangan supaya pelajar dapat mengetahui, memahami dan menggunakan prinsip-prinsip serta amalan-amalan positif dalam bidang perniagaan dan perkhidmatan yang berkaitan.

Mata pelajaran Perdagangan mengandungi 15 topik pembelajaran untuk Tingkatan 4 dan 5. Read More..